Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN menjadi pilihan para ibu bapa dan telah hampir 17 tahun berada di pasaran. SSPN yang kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime mempunyai pelbagai manfaat dan keistimewaan beserta pulangan dividen yang kompetitif.